Showing posts with label Rokok haram. Show all posts
Showing posts with label Rokok haram. Show all posts

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my

KOTA KINABALU - Kegiatan penjualan rokok haram dan tiruan di bandar raya ini semakin berleluasa sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.

Dengan menjadikan kawasan perhentian bas, kaki lima dan jalan sebagai lokasi berniaga, peniaga rokok tiruan yang terdiri daripada kanak-kanak dan golongan wanita licik mencari pelanggan mereka malah tinjauan Kosmo! turut mendapati, kebanyakan daripada peniaga itu terdiri daripada warga asing dan mereka berniaga seawal pukul 6 pagi hingga larut malam.



Seorang penjual kanak-kanak berusia 12 tahun dikenali Azim mengaku menjual rokok haram dan tiruan sejak dua tahun lalu.
Katanya, hasil jualan sehari adalah antara RM50 hingga RM100 dan jumlah itu akan bertambah pada hujung minggu.

"Dalam sehari, boleh dapat untung RM30 dan ia sudah cukup besar memandangkan perniagaan ini banyak persaingan," katanya yang turut mengaku tidak pernah bersekolah.

Jelas Azim, rokok berjenama yang biasanya dijual pada harga RM10 sekotak boleh dibeli dengan harga RM2 hingga RM4 sahaja.
Selain itu, turut dijual pelbagai rokok keretek yang diseludup dari Indonesia.

Apa yang pasti, modus operandi kumpulan itu cukup licik iaitu menyembunyikan semua rokok tersebut di sebalik pintu, tangga, bawah kereta dan belukar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Paling penting, kumpulan itu juga mempunyai seorang 'mata-mata' yang bertindak mengesan kehadiran pihak berkuasa.- KOSMO

ROKOK SELUDUP ada dimana-mana

Ditulis oleh Timothy | 5:44 PM | | 1 comments »

Photo by: Jaymie Jaimye

Di Sabah, tidak kira pekan atau bandar mana yang tiada rokok seludup? 


Kerajaan berkata operasi besar-besaran menangkap pendatang tanpa izin (PTI) akan dilaksanakan selepas Hari Raya. Tetapi, di Inanam PTI bebas menjual rokok seludup tanpa rasa takut. Gambar di atas adalah pandangan yang biasa dilihat di di pekan Inanam. keadaan lebih teruk anda boleh lihat di Kota Kinabalu dan Keningau. 


Penjual rokok haram ini duduk berniaga di sudut-sudut kedai, kadang kala mereka berjalan dari sebuah kedai makan ke kedai makan lain untuk menjual rokok. Apa yang menyedihkan ialah: 

(1) Kebanyaka pejual ini terdiri daripada PATI, 

(2) Orang awam dan kakitangan kerajaan (termasuk polis) membeli rokok dari mereka. Ini jelas menunjukkan tanda sokongan yang membuatkan jumlah peniaga rokok haram semakin bertambah.