Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts

Sewaktu Presiden Bush mengunjungi Malaysia, dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata,

"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini, saya pasti tunaikan."

"Well", kata Bush, "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US, kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri, tapi tidak pernah mendapat melakukannya." 

"Wah," kata pemandu, "Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.." 

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama, Bush lupa untuk berhenti di lampu merah.

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya. Polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati, ia melihat Presiden Bush dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya. 

"Tuan.." kata Polis itu, "Saya baru saja menahan seorang pembesar." 

"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?" 

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita" 

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?" 

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi." 

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan. 

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis, "Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja presiden bush..

Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender, "Bukankah itu Bush dan Powell?"

Bartender menjawab, "Iya, itu memang mereka." 

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa 
"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?" 

Bush menjawab 
"Kami sedang merancang perang dunia ke-3." 

Jawab lelaki 
"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?" 

Bush menjawab 
"Kami akan membunuh 500 juta orang dan seorang penjual Basikal."

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut, "Penjual Basikal?" 

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata, "Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang tu kan...

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu. 

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami." 

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik". 

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan."

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. 

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. 

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi."

Alkisah setelah kehilangan keledainya, Giku lalu mengangkat kedua tangannya, ia bersyukur kepada Tuhan. 

"Tuhan aku bersyukur kepada-Mu, aku telah kehilangan keledaiku."

Seorang yang melihat dan mendengar doa Giku bertanya, "Kamu kehilangan keledaimu, dan kamu bersyukur kepada Tuhan?" 

"Aku bersyukur kepada-Nya atas kebijakan-Nya yang mentakdirkan bahwa aku tidak menunggangi keledai waktu itu. Kalau tidak, sekarang aku tentu hilang juga."

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya , dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu , dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula , seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesejbdaripada saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca e-mail pertama
itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun
bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita bolehbmenghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang.. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.....

Ahli Sarkas Memandu dalam Keadaan Mabuk

Seorang Polis menahan sebuah kereta yang didapati memandu dalam keadaan mabuk. Sedang menulis saman, polis tersebut ternampak banyak pisau di dalam kereta. 

"Pisau itu untuk apa?" tanya Polis dengan curiga. 

"Saya ahli sarkas.. dan pisau-pisau itu saya gunakan dalam pertunjukkan" 

"Ok.. buktikan!" perintah polis tersebut. 

Lalu pemandu itu mengeluarkan pisau-pisaunya dan mula menunjukkan kebolehannya. Mula-mula hanya 3 pisau.. kemudian bertambah.. hingga akhirnya 7 pisau sekaligus di-lemparkan, keatas, kebawah, kebelakang, dan berbagai gaya ditampilkan, membuat Polis terpesona. 

Tiba-tiba sebuah kereta lain melalui jalan tersebut.. Pemandu kereta kedua tadi terlihat kejadian itu dan tercengang.. kemudian berkata, 

"Takutnya.. Aku mesti berhenti minum! Lihat.. sekarang hukumannya seperti itu!"