Showing posts with label KPM. Show all posts
Showing posts with label KPM. Show all posts

SISTEM PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2016 SECARA ONLINE telah dibuka mulai 26 Mei 2015.Untuk memohon sila ke pautan sistem 'e-SSeM' di web KPM www.moe.gov.my.
Permohonan ini dibuka sehingga 5 September 2015. Sebarang pertanyaan hubungi Puan Zuraini Abu Hassan di talian 03-88721620 di Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.

Pengambilan  tahun ini untuk mengisi  sekolah  seni  Sabah  di  Sandakan.

Mohon promosikan kepada ibubpa dan murid-murid tahun 6 2015..kita sama2 membantu mempromosikn permohonan supaya jumlah yang diperlukan mncukupi untuk mewujudkan sekolah seni Sabah..

Tarikh Iklan: 01 April 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2014/2015.

Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2014 (Rabu).

Saya panjangkan maklumat ini dan mohon panjangkan kepada yang memerlukan peluang ini:

Kepada yang mempunyai anak atau saudara mara lepasan SPM yg ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma secara PERCUMA di Kolej Profesional MARA (KPM), sila isi permohonan di sini
http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Syarat Minima:
- 3 kredit termasuk BI dan 2 subjek lain
- lulus Matematik
Jika BI hanya lulus, masih boleh memohon utk buat kursus persediaan (pra diploma).

Kelebihan:
1. Elaun bulanan RM300 diberikan.
2. Yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh MARA.
3. Tidak perlu bayar balik selepas tamat belajar.

Tarik tutup permohonan online:
18 April 2014.
Boleh lawat booth MARA di Karnival Jom Masuk U di UPM Serdang 5-6 April ini.

Sebarluaskan kepada yang memerlukan.

Makluman Kepada Guru (APDM)

SILA KLIK DI SINI



Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu mengemaskini maklumat semua guru kelas(JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2014 berserta MBMMBI, aliran dan sesi pagi / petang kelas tersebut.

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2014 perlu dikemaskini untuk keperluan terkini sebelum 15 JANUARI 2014. 

Mohon pengemaskinian maklumat ibu/bapa/penjaga untuk permohonan Bantuan/Biasiswa (sila beri keutamaan kepada permohonan baru) sebelum 1 April 2014.

PERHATIAN
Mohon masukkan maklumat murid pendidikan khas mengikut buku rekod daftar murid sekolah masing-masing(pilihan Tingkatan / Tahun ATAU kelas khas rendah/ kelas khas menengah). Sila pastikan murid ini di tanda sebagai OKU pada tab murid (login guru kelas) dan masukkan no pendaftaran OKU murid untuk keperluan urusan dan bantuan pendidikan khas.



Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM Setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan

Berita Gembira untuk semua penjawat awam. Sempena Hari Guru yang mulia ini, saya dengan bangganya memaklumkan bahawa semakan kenaikan pangkat boleh disemak di sini http://www.moe.gov.my/naikpangkat/  Semakan boleh dibuat mulai hari ini. Semua jenis kenaikan pangkat seperti gred DG 29 ke DG 32. DG41 ke DG44 dan semua jenis kenikan yang berkaitan Kementrian Pelajarang Malaysia.
Maklumat ini diperolehi daripada laman sesawang Kementrian Pelajaran Malaysia


 PERHATIAN:
1.Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2.Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3.Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada KPM di Alamat:

  
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA .
Tel: 03-88847963/7863/7816 
Email: cnp@moe.gov.my

PENGUMUMAN TAMBAHAN:

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing atau Urus Setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk tujuan semakan status.