Showing posts with label PERMOHONAN. Show all posts
Showing posts with label PERMOHONAN. Show all posts

Tarikh Iklan: 01 April 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2014/2015.

Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2014 (Rabu).

Tarikh iklan: 11 April 2014
Permohonan akan dibuka seperti ketetapan di bawah :-

21- 27 April :  Zon 1 - Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan, Terengganu dan Pahang
28 - 04 Mei :  Zon 2 - Selangor, Johor, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan SBP
05 - 11 Mei :  Zon 3 - Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan

Sila pastikan murid tertanggung sedia ada tidak lagi dibuat permohonan baru dan belum menerima biasiswa BKP/BKPU.

Sehubungan itu, sekolah boleh mula menyemak nama murid yang layak di laman sesawang http://apb.moe.gov.my mulai 14 April 2014 hingga 20 April 2014.
Sekiranya nama murid yang layak memohon tidak dipaparkan, sila rujuk dengan guru APDM kelas berkenaan supaya mendaftarkan murid berkenaan di dalam APDM dan mengemaskini maklumat pendapatan ibubapa/penjaga.