Soalan bikin panas. Sudah tau masih lagi bertanya.
1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
S: Ko tidur kah?
J: Tdk la, sy training mcm mana mau mati bah..
2. Bila imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:
S: Mau kasi bagus kah ni tv?
J: Tdk la,sy boring ba, jadi sy bawa la tv sy pi jln2 sini..
3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh ndak la,hujan yg nanti baru sy kluar.
4. Bila time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:
S: Ko bangun sdh?
J: Ish, sy tidur sambil jalan bah ni!
5. Bila kawan ko call fon ruma ko:
S: Mana ko?
J: Sini bus stop!
6. Bila diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi kah?
J: Manada, sy jatuh dlm lubang jamban bah!
7. Bila ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdah dorang tanya:
S: Going up kah?
J: Eh nda la,sy tngah tunggu apartment sy turun bah ni..
8. Bila boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau
tanya dia:
S: Eeeh,bunga ka tu?
J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.
9. Bila ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org ketuk pintu n dia tanya:
S: Ada urang kah?
J: (Suara Kiut) Teda orang! Taik bah yang becakap ni!!! hahahahahahaa
Jawapan bikin panas untuk soalan panas: sudah tau masih lagi bertanya
Ditulis oleh Timothy | 12:40 PM | Bikin panas, Lawak, Lawak Pendek, soalan panas | 0 comments »Lawak: Pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia
Ditulis oleh Timothy | 9:41 AM | Funny, Funny short story, Funny Story, Lawak, Lawak Pendek | 0 comments »Malaysia: Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang 'mengeteh'.
Menteri Jepun: "Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot."
Menteri AS: "Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear."
Menteri Malaysia: "Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami."
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : "Apa korang jumpa?"
Tukang gali: "Tidak ada apa-apa..."
Menteri Malaysia: "Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana?"
Tukang gali: "Takde Dato'.."
Menteri Malaysia: (sambil 'menjeling kerek' ke menteri Jepun dan Amerika) "Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!"
Lawak: Presiden Amerika Serikat Memandu Kereta
Ditulis oleh Timothy | 7:43 AM | Cerita Lawak, Funny short story, Lawak, Lawak Pendek | 0 comments »Sewaktu Presiden Bush mengunjungi Malaysia, dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata,
"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini, saya pasti tunaikan."
"Well", kata Bush, "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US, kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri, tapi tidak pernah mendapat melakukannya."
"Wah," kata pemandu, "Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."
Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama, Bush lupa untuk berhenti di lampu merah.
Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya. Polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati, ia melihat Presiden Bush dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.
"Tuan.." kata Polis itu, "Saya baru saja menahan seorang pembesar."
"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?"
"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"
"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"
"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."
"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.
"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis, "Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja presiden bush..
Lawak: Merancang Perang Dunia Ke-3
Ditulis oleh Timothy | 7:41 AM | Cerita Lawak, Funny short story, Lawak, Lawak Pendek | 0 comments »Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender, "Bukankah itu Bush dan Powell?"
Bartender menjawab, "Iya, itu memang mereka."
Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab
"Kami sedang merancang perang dunia ke-3."
Jawab lelaki
"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"
Bush menjawab
"Kami akan membunuh 500 juta orang dan seorang penjual Basikal."
Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut, "Penjual Basikal?"
Bush menoleh ke arah Powell dan berkata, "Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang tu kan...
Lawak: Erti Politik Bagi Kanak-kanak
Ditulis oleh Timothy | 10:31 PM | Cerita Lawak, Funny short story, Funny Story, Lawak, Lawak Pendek | 0 comments »Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu.
Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami."
Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik".
Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan."
Lawak: Perempuan Lain Menjawab Pesanan Telefon
Ditulis oleh Timothy | 9:58 PM | Cerita Lawak, Funny short story, Lawak, Lawak Pendek | 0 comments »Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi."
Lawak: Bersyukur Kerana Kehilangan Keledai
Ditulis oleh Timothy | 9:55 PM | Cerita Lawak, Funny Story, Lawak, Lawak Pendek | 0 comments »Alkisah setelah kehilangan keledainya, Giku lalu mengangkat kedua tangannya, ia bersyukur kepada Tuhan.
"Tuhan aku bersyukur kepada-Mu, aku telah kehilangan keledaiku."
Seorang yang melihat dan mendengar doa Giku bertanya, "Kamu kehilangan keledaimu, dan kamu bersyukur kepada Tuhan?"
"Aku bersyukur kepada-Nya atas kebijakan-Nya yang mentakdirkan bahwa aku tidak menunggangi keledai waktu itu. Kalau tidak, sekarang aku tentu hilang juga."