Showing posts with label Peluang Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Peluang Pendidikan. Show all posts

Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima nota diplomatik dari pihak Kedutaan Besar Republik Turki mengenai tawaran untuk mengikuti biasiswa di bawah “Turkiye Scholarships 2017” bagi pengajian di peringkat pascasiswazah.

Program di bawah “Turkiye Scholarships” ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berhasrat untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi di Turki sama ada di peringkat Sarjana (Masters) dan Kedoktoran (PhD).

Semua permohonan adalah melalui online dan dibuka sehingga 17 Februari 2017.

Maklumat Am
http://www.turkiyeburslari.gov.tr/index.php/en/

Maklumat Lanjut
https://www.turkiyeburslari.gov.tr/en/turkiye-burslari/basvuru-sartlari/

Permohonan Online
http://www.turkiyeburslari.gov.tr/index.php/en/

https://www.turkiyeburslari.gov.tr/en/turkiye-burslari/burs-programlari/

https://www.turkiyeburslari.gov.tr/en/2017-turkiye-burslari-lisansustu-basvurulari/

Tarikh Tutup: 17 Februari 2017

Pertanyaan
Call center (Phone) : +0850 455 0 982
Puan Hanizah Hamdan
Email: hanizah@mohe.gov.my
No. Telefon: 0388706387

Encik Mohd Rashdan B. Abdul Razak
Email: rashdan@mohe.gov.my
No. Telefon: 0388705381

SISTEM PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2016 SECARA ONLINE telah dibuka mulai 26 Mei 2015.Untuk memohon sila ke pautan sistem 'e-SSeM' di web KPM www.moe.gov.my.
Permohonan ini dibuka sehingga 5 September 2015. Sebarang pertanyaan hubungi Puan Zuraini Abu Hassan di talian 03-88721620 di Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.

Pengambilan  tahun ini untuk mengisi  sekolah  seni  Sabah  di  Sandakan.

Mohon promosikan kepada ibubpa dan murid-murid tahun 6 2015..kita sama2 membantu mempromosikn permohonan supaya jumlah yang diperlukan mncukupi untuk mewujudkan sekolah seni Sabah..

Tarikh Iklan: 01 April 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2014/2015.

Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2014 (Rabu).

Saya panjangkan maklumat ini dan mohon panjangkan kepada yang memerlukan peluang ini:

Kepada yang mempunyai anak atau saudara mara lepasan SPM yg ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma secara PERCUMA di Kolej Profesional MARA (KPM), sila isi permohonan di sini
http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Syarat Minima:
- 3 kredit termasuk BI dan 2 subjek lain
- lulus Matematik
Jika BI hanya lulus, masih boleh memohon utk buat kursus persediaan (pra diploma).

Kelebihan:
1. Elaun bulanan RM300 diberikan.
2. Yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh MARA.
3. Tidak perlu bayar balik selepas tamat belajar.

Tarik tutup permohonan online:
18 April 2014.
Boleh lawat booth MARA di Karnival Jom Masuk U di UPM Serdang 5-6 April ini.

Sebarluaskan kepada yang memerlukan.