Showing posts with label Funny short story. Show all posts
Showing posts with label Funny short story. Show all posts

Malaysia: Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang 'mengeteh'.

Menteri Jepun: "Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot."

Menteri AS: "Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear."

Menteri Malaysia: "Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami."

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : "Apa korang jumpa?"
Tukang gali: "Tidak ada apa-apa..."
Menteri Malaysia: "Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana?"
Tukang gali: "Takde Dato'.."

Menteri Malaysia: (sambil 'menjeling kerek' ke menteri Jepun dan Amerika) "Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!"

Sewaktu Presiden Bush mengunjungi Malaysia, dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata,

"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini, saya pasti tunaikan."

"Well", kata Bush, "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US, kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri, tapi tidak pernah mendapat melakukannya." 

"Wah," kata pemandu, "Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.." 

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama, Bush lupa untuk berhenti di lampu merah.

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya. Polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati, ia melihat Presiden Bush dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya. 

"Tuan.." kata Polis itu, "Saya baru saja menahan seorang pembesar." 

"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?" 

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita" 

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?" 

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi." 

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan. 

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis, "Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja presiden bush..

Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender, "Bukankah itu Bush dan Powell?"

Bartender menjawab, "Iya, itu memang mereka." 

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa 
"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?" 

Bush menjawab 
"Kami sedang merancang perang dunia ke-3." 

Jawab lelaki 
"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?" 

Bush menjawab 
"Kami akan membunuh 500 juta orang dan seorang penjual Basikal."

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut, "Penjual Basikal?" 

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata, "Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang tu kan...

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu. 

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami." 

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik". 

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan."

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. 

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. 

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi."

Ahli Sarkas Memandu dalam Keadaan Mabuk

Seorang Polis menahan sebuah kereta yang didapati memandu dalam keadaan mabuk. Sedang menulis saman, polis tersebut ternampak banyak pisau di dalam kereta. 

"Pisau itu untuk apa?" tanya Polis dengan curiga. 

"Saya ahli sarkas.. dan pisau-pisau itu saya gunakan dalam pertunjukkan" 

"Ok.. buktikan!" perintah polis tersebut. 

Lalu pemandu itu mengeluarkan pisau-pisaunya dan mula menunjukkan kebolehannya. Mula-mula hanya 3 pisau.. kemudian bertambah.. hingga akhirnya 7 pisau sekaligus di-lemparkan, keatas, kebawah, kebelakang, dan berbagai gaya ditampilkan, membuat Polis terpesona. 

Tiba-tiba sebuah kereta lain melalui jalan tersebut.. Pemandu kereta kedua tadi terlihat kejadian itu dan tercengang.. kemudian berkata, 

"Takutnya.. Aku mesti berhenti minum! Lihat.. sekarang hukumannya seperti itu!"

Seorang tentera laut yang baru saja bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam, telah dipecat dari jawatannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama tentera laut yang lain.

Ketika ditemuramah wartawan, dia mengaku tidak bersalah. "Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru habis bertugas, dan sedang bersiap untuk tidur."

"Lalu apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya wartawan.

"Ya seperti kebiasaan di kampung... saya akan buka jendela sebelum tidur.. Abis basah...!!" jawabnya dengan tenang.