1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.
2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.
3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.
4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.
5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.
6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.
7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.
8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.
9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.
10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.
ADA ANAK KECIL? BACA TIPS BAGAIMANA MENAHAN MARAH PADA ANAK KECIL
Ditulis oleh Timothy | 8:05 AM | bayi, keluarga bahagia, sayang anak, tips | 0 comments »Tips dan Petua Apabila Anak Demam Panas
Ditulis oleh Timothy | 8:05 AM | anak demam, bayi, sayang anak, tips | 0 comments »1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.
2. Bukakan pakaian anak dan gunakanlah tuala basah yang direndam di dalam air sejuk untuk menyapu pada bahagian muka, kepala, leher, ketiak, depan dan belakang badan serta kaki. Selimutkan bahagian dada anak dengan tuala kering (bagi mengelakkan anak mendapat batuk) dan biarkan tanpa pakaian untuk beberapa jam.
3. Biarkan tuala sejuk tersebut pada bahagian pelipat ketiak dan dahi.
4. Berikan susu dan air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
5. Anak yang kelihatan lemah sewaktu demam adalah menunjukkan tanda lebih sakit, berbanding anak yang masih aktif walaupun demam.
6. Bukakan tingkap bilik / rumah bagi memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan lancar dan tidak berhawa panas. Buka kipas atau kekalkan suhu penghawa dingin pada paras 27°c.
7. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam pada badan, bintik di dalam mulut, muntah tanpa henti, cirit-birit, anak mengalami kekejangan / sawan serta tanda-tanda lain yang membimbangkan segera bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seelok-eloknya bawa anak pergi ke hospital / klinik yang menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak.
8. Sentiasa pantau keadaan demam anak kerana demam yang berlarutan lebih daripada 2 hari memerlukan rawatan segera di klinik mahupun di hospital
1. Campurkan segenggam asam jawa dengan air sejuk dan lumurkan pada kepala dan seluruh anggota badan. Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan dan menurunkan suhu panas pada badan.
2. Mandikan anak dari paras bawah anggota badan hingga ke atas secara perlahan-lahan iaitu bermula dari kaki, punggung, badan dan akhir sekali pada bahagian kepala.
Banyak kes dan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila demam anak dibiarkan begitu sahaja. Penting untuk kita sebagai ibu bapa memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan yang stabil.
PERBUALAN SEORANG BAYI DGN PENCIPTANYA SEBELUM KELAHIRAN DI DUNIA
Ditulis oleh Timothy | 10:11 PM | bayi, sayang anak, tips | 0 comments »* Bayi itu bertanya kepada Tuhan nya : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

*Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cinta dan kasih sygnya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para Ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.