Perkongsian ini mungkin boleh membantu anda mengatasi anak-anak yang suka menjerit, berguling-guling apabila tidak mendapat barang yang diingini. Baca perkongsian menarik di bawah:Anak anda suka menjerit?

Sepanjang saya menetap di Prague, ini satu perkara yang saya perasan. Anak-anak atau bayi di sini tidak pernah cakap atau menangis menjerit-jerit.Saya terfikir, "eh? takkan baik sangat bayi kat sini? Menangis menjerit itu pun ada kaitan dengan genetik mat salleh ke?". Sebab jika di Malaysia, saya selalu dengar budak-budak menangis berguling-guling ketika berada di mall terutamanya di bahagian barangan mainan kanak-kanak.

Saya ada tiga anak saudara, sebab itulah.Suatu hari ketika berada di dalam bas, saya terdengar seorang anak ini berbisik-bisik di telinga ibunya. Selepas itu ibunya membalasnya dengan cara yang sama.  Lama juga mereka berbisik-bisik. 

Saya pun cuba memasang telinga sebab saya rasa budak itu comel sangat. Setelah mendengar apa yang dibisikkan itu, barulah saya faham bahawa ibu dia sedang marah anak dia tetapi dalam cara berbisik. Mata budak itu berkaca sambil berbisik semula kepada ibunya kerana dia tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan.

Akhirnya, si kecil itu faham dan tunduk. Umurnya mungkin dalam lingkungan 5 tahun.Di dalam hati saya berkata, "patutlah tidak pernah dengar anak orang di sini menangis meraung-raung. Marah pun berbisik-bisik sahaja,". 

Kalau anak dia jauh, dia panggil suruh datang dekat, lepas itu tegur di telinga anak itu dengan pelahan.Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa, apabila ibu bapa tidak menjerit memarahi anak-anak, anak-anak itu tadi tidak perlu menjerit untuk melawan suara ibu bapanya jika tidak berpuas hati dengan teguran yang disampaikan.

Tetapi saya faham di Malaysia agak panas. Belum sempat untuk tegur, hati sudah membara terbakar dulu. 

0 comments