Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.

RM10 — 4.762 Liter
RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 51.905 Liter
RM150 — 61.905 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 — 95.238 Liter

Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.

Jika anda dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa!

SABAHAN SAYS

Ditulis oleh Timothy | 7:09 AM | , , , , , | 0 comments »

#SabahanSays: "Anu" when they have no idea to explain the things. contoh ayat? contoh macam ni "anu ba, yang selalu kita guna untuk potong rumput, apa nama tu ah?" kat sini, "anu" tu tak de kaitan ngan organ manusia or anything yg lucah okayy!

#SabahanSays: NDA n NGGA is different. People always mistaken us as Indonesian.

#SabahanSays: In a typical restaurant scene in Sabah, you're a 'boss', the waiter's a 'boss', the cashier's a 'boss'. Everyone is the boss...Haha I dont know how to explain this. but this is totally true. sabahan akan panggil orang lain, siapa-siapa sahaja as "boss". so kat sabah, semua orang boleh jadi boss. hahah...contoh ayat "si boss ba tu yang guna periuk tu tadi"
#SabahanSays: "lari ba" when they ask someone to move/ when someone's blocking their view. totally true. this one lebih kurang macam "excuse me, can u please move a bit?" or "boleh tepi siket tak?"

#SabahanSays: Whenever you abuse the slang term 'bah', every Sabahan dies a little inside. actually its kinda funny dengar non sabahan cuba guna perkataan "bah"..ahaha..sounds cute

#SabahanSays: "miring" instead of condong.haha # UniqueMuch .its actually the term yg kitorang gune kat sabah!

#SabahanSays: "Nduu baa" which has equal meaning as "Awlololoo" get it? Get it?kite biase gune "alolo.kesianye demam"....kalau version sabahan "anduuuu baaa....sian dia demam.." easy yooo!

#SabahanSays: "Bida" as ugly.

#SabahanSays: di mana rumah kau ? di sana tuuuuuuuuuu .makin banyak "U" makin jauh la rumah dia hahahahahah....get it?

#SabahanSays: jangan kau kacau tu anjing,kana bubut kau nanti faham tak ayat ni? "bubut" means "kejar" .

#SabahanSays: Apa kau rasa? Rasa oren.. ni bile kite nak cakap kat orang tu "padan muke ko.." hahah...dalam version sabah leh guna ayat ni "apa kau rasa?rasa oren..

#SabahanSays: palis palis hahah..meaning that "minta dijauhkan...". bile kite dengar something yang tak baik, contoh kite dengar "anak jiran sebelah accident kena langgar lorry.." so untuk menyatakan yang kita hara

Tarikh Iklan: 01 April 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2014/2015.

Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2014 (Rabu).

Tarikh iklan: 09 April 2014

Semakan Panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Guru Tajaan KPM Ambilan 2014 (PPISMP/PPC Lulusan SPM, SMA/SMU dan UEC) boleh dibuat mulai 9 April 2014 (hari ini).

Maklumat lanjut klik di sini.
Tarikh Mula Semakan Panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru : 9 April 2014
Tarikh Mula Ujian Kelayakan Calon Guru : 14 April 2014

Tarikh iklan: 11 April 2014
Permohonan akan dibuka seperti ketetapan di bawah :-

21- 27 April :  Zon 1 - Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan, Terengganu dan Pahang
28 - 04 Mei :  Zon 2 - Selangor, Johor, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan SBP
05 - 11 Mei :  Zon 3 - Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan

Sila pastikan murid tertanggung sedia ada tidak lagi dibuat permohonan baru dan belum menerima biasiswa BKP/BKPU.

Sehubungan itu, sekolah boleh mula menyemak nama murid yang layak di laman sesawang http://apb.moe.gov.my mulai 14 April 2014 hingga 20 April 2014.
Sekiranya nama murid yang layak memohon tidak dipaparkan, sila rujuk dengan guru APDM kelas berkenaan supaya mendaftarkan murid berkenaan di dalam APDM dan mengemaskini maklumat pendapatan ibubapa/penjaga.

BANYAK orang bersetuju bahawa “tuan” hanya digunakan untuk orang lelaki manakala “puan” untuk orang perempuan. Bagaimanakah pula keadaannya dengan frasa “tuan puteri”? Adakah “tuan puteri” juga merujuk kepada golongan lelaki? Jawapannya sudah pasti tidak.

Memang benar bahawa “tuan” digunakan bagi golongan lelaki akan tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Penggunaan kata “tuan” yang pertama  merujuk kepada orang lelaki yang dihormati, contohnya:

(i)    “Tuan dipersilakan untuk menyampaikan ucapan,” umum Pengerusi Majlis.
(ii)    “Silakan masuk, tuan,” kata penyambut tetamu itu dengan sopan.

Kata “tuan” juga digunakan untuk panggilan bagi orang lelaki yang berpangkat dan patut dihormati.

Contohnya:

(i)    Tuan Imam Masjid Semesta ialah Ustaz Ibrahim Samat.
(ii)    Tuan Pengetua disayangi oleh semua murid kerana sifat dedikasinya.

“Tuan” juga digunakan untuk merujuk orang lelaki berbangsa Eropah. Hal ini demikian kerana orang Melayu merupakan bangsa yang amat menghormati dan memandang tinggi bangsa-bangsa lain terutama bangsa Eropah. Contohnya:

(i)    Tuan Robert dan Tuan William sedang mengkaji tumbuhan di puncak Gunung Tahan.
(ii)    Tuan dan memnya sedang berjoging di kawasan taman itu.

Namun demikian, kata “tuan” sebenarnya bukan merujuk golongan lelaki sahaja. “Tuan” boleh juga digunakan untuk merujuk golongan perempuan.

Antara penggunaan “tuan” yang bukan hanya terhad untuk golongan lelaki sahaja adalah untuk merujuk  orang yang menjadi tempat menghambakan diri.

Orang yang menjadi tempat untuk menghambakan diri tidak kira lelaki atau perempuan boleh digunakan kata tuan. Contohnya:

(i)    Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sedang bersiram di kolam itu.
(ii)    Hamba sahaya itu sangat takut kepada tuannya.

“Tuan” juga digunakan untuk menggambarkan orang yang memiliki sesuatu atau pemilik sesuatu. Contohnya:

(i)    Tuan rumah sewa itu telah mengarahkan Azam agar  mengosongkan rumahnya.
(ii)    Kita perlu meminta kebenaran daripada tuan tanah dahulu sebelum mengusahakannya.

“Tuan” juga digunakan sebagai kata ganti diri kedua yang merupakan kata ganti diri yang halus bagi orang lelaki atau perempuan yang dilawan bercakap. Hal ini demikian bermakna, kata ganti diri “tuan” merupakan satu aspek kesantunan berbahasa yang diamalkan dalam bahasa Melayu. Contohnya:

(i)    “Mengapakah tuan masih belum mengerti hasrat hati hamba?” tanya Andika kepada Ratna.
(ii)    “Hamba begitu cemburu melihat tuan beriringan dengan lelaki lain,” rintih Perwira kepada Kencana.

Dalam surat rasmi juga kita boleh menggunakan kata panggilan “tuan” untuk merujuk penerima surat tanpa perlu menyelidik dahulu sama ada penerima surat itu lelaki atau perempuan.

Kita tidak perlu menggunakan kata panggilan “puan” jika penerima surat itu merupakan seorang perempuan kerana “tuan” sudah merangkumi lelaki dan perempuan.

Di negeri Kelantan dan Terengganu terutamanya, “Tuan” merupakan satu gelaran yang berkaitan asal keturunan.

Orang berketurunan “Tuan” terdiri daripada mereka yang berdarah raja. Oleh sebab itu, sama ada lelaki atau perempuan, mereka boleh menggunakan gelaran “Tuan”  jikalau mereka berasal daripada suatu keturunan yang ada kaitan dengan kerabat diraja.

Contohnya:

(i)    Guru Bahasa Inggeris itu menjelaskan bahawa Allahyarham datuknya bernama Tuan Mat.
(ii)    Isteri Ramli bernama Tuan Norliza.

Banyak perkara tersembunyi tentang bahasa Melayu yang perlu dikaji. Penggunaan kata “tuan” misalnya, dianggap hanya sebagai kata ganti diri ketiga untuk merujuk kepada golongan lelaki sedangkan maknanya lebih meluas.

Oleh sebab itu, marilah sama-sama kita merungkai pelbagai ilmu tentang bahasa Melayu yang luas ini. Jikalau tidak kita, siapakah lagi yang akan mendaulatkan bahasa Melayu?

Akhir kata “Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa”.

SENARAI KOPI BERACUN DI SAHKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-
1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujuka n. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya kepada kesihatan.

Semenjak pengumuman KPM berkaitan keanikan pangkat sebilangan gerd DG dan DGA untuk diserap ke dalam DG42, banyak persoalan dan isu yang timbul. Ini ditambah pula dengan spekulasi yang disebar individu tidak bertanggungjawab, menyebabkan ramai penjawat awam bertambah bingung lantas menuduh KPM dengan pelbagai tuduhan.

Berikut merupakan Penjelasan lanjut berkenaan isu DG42. Diharap maklumat ini akan dapat merungkai segala kemuskilan.

1. Bermula 1 Januari 2014, semua perlantikan ke PPPS utk guru2 gred DG29/32/34/38 akan diambil alih oleh BPSM. Tiada lagi lantikan oleh SPP. (Sekolah Rendah & Menengah)

2. Lantikan gred DG42 adalah hanya utk guru (DG29/32/34/38) yang telah selesai mengambil degree tetapi masih belum memohon ke DG41.

2. Guru yang telah ditemuduga atau telah dilantik ke DG41 tidak akan dilayan atau diproses permohonan ke DG42.

3. Untuk pegawai PKG gred DG29/32/34 yg telah habis belajar wajib mohon ke DG42 jika masih belum mohon ke DG41 dan akan dilantik sebagai 'kenaikkan pangkat'serta akan ditempatkan pada tempat kerja semasa sebagai DG42(

4. Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 - Penggabungan Skim Perkhidmatan PPPS dan PPLD.

Semoga info ini dpt menangani isu DG42. Makluman dlm surat pekeliling dan surat siaran tiada makluman diberikan seperti diatas.

Nokia 3310 PureView membawakan rekaan ikonik Nokia 3310 yang mana hadir dengan skrin berukuran 3-inci ClearDiamond Display dengan resolusi sebesar 1280×768 WXGA. Selain itu, ia turut disertakan dengan pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, muatan dalaman sebesar 32GB dengan peningkatan memori microSD, dan menjalankan Windows Phone 8 sebagai sistem operasi utama peranti ini. Menariknya, ia turut disertakan dengan butang fizikal ‘soft-touch’ Windows yang istimewa bagi kemudahan pengguna mengendalikannya dalam apa jua cara sekalipun.

Pihak Nokia turut mengatakan Nokia 3310 PureView mempunyai daya ketahan fizikal yang amat kuat bagi membolehkan ia berfungsi walaupun dihentak dengan penukul besi. Tidak seperti Nokia 3310 generasi sebelumnya, Nokia 3310 PureView disertakan bersama skrin Gorilla Glass 3 dalam menjadikan skrin sangat tahan lasak dan tidak mudah pecah.

Saya panjangkan maklumat ini dan mohon panjangkan kepada yang memerlukan peluang ini:

Kepada yang mempunyai anak atau saudara mara lepasan SPM yg ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma secara PERCUMA di Kolej Profesional MARA (KPM), sila isi permohonan di sini
http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Syarat Minima:
- 3 kredit termasuk BI dan 2 subjek lain
- lulus Matematik
Jika BI hanya lulus, masih boleh memohon utk buat kursus persediaan (pra diploma).

Kelebihan:
1. Elaun bulanan RM300 diberikan.
2. Yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh MARA.
3. Tidak perlu bayar balik selepas tamat belajar.

Tarik tutup permohonan online:
18 April 2014.
Boleh lawat booth MARA di Karnival Jom Masuk U di UPM Serdang 5-6 April ini.

Sebarluaskan kepada yang memerlukan.

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) - Terbuka 2014 / 2015

Pemohon hendaklah daripada warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terbuka 2014 & 2015 ini :

Jawatan Kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terbuka 2014 / 2015 :

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)
5. Konstabel Orang Asli (Lelaki) (terbaru)

*Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)

Tarikh tutup permohonan : Terbuka 2014 / 2015
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

*Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)
Tags: 2014, 2015, jawatan kosong pdrm, jawatan kosong polis, jawatan polis, kerajaan, malaysia, pdrm, terbuka 2014