Guru dari Sabah, Sarawak tertekan isu elaun
Oleh Mohd Azrone Sarabatin (azrone@bharian.com.my) Betita Harian 2012/06/12

 KESATUAN Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Jawatankuasa Bersama, Persatuan Guru Sabah dan Sarawak menggesa pihak pengurusan sekolah menyelesaikan segera isu guru dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung gagal menikmati pelbagai imbuhan.


Seorang guru mendakwa secara sinis seorang ketua kerani di sekolah tempatnya bertugas menyindir beberapa guru dari Sabah dan Sarawak dengan membangkitkan sentimen orang Borneo yang berkhidmat di Malaysia tidak seharusnya meminta yang bukan-bukan. 

Segelintir guru terbabit mendakwa mereka masih belum dibayar elaun ditetapkan Kementerian Pelajaran yang didakwa berpunca kegagalan pembantu tadbir sekolah menjalankan tugas dengan dedikasi.

Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata guru terutama yang berkhidmat di bandar gagal menikmati kemudahan seperti Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Perpindahan Wilayah (EPW) dan Elaun Sara Hidup (COLA), tertekan berikutan kos sara hidup yang tinggi.

Katanya, keadaan ini dikhuatiri menyebabkan mereka gagal menumpukan perhatian kepada amanah mendidik yang dengan sendirinya menjejaskan prestasi akademik sekolah terbabit.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak sekolah mengambil tindakan segera membela nasib pendidik termasuk memastikan kerani atau pembantu tadbir menunaikan amanah mengurus dokumen kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dengan segera.

“Kerani di sekolah asal guru berkenaan juga hendaklah melengkapkan dokumen mengenai pendidik terbabit bagi memudahkan sekolah baru mereka menguruskan penyaluran kemudahan elaun berkenaan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baru-baru ini, akhbar ini menyiarkan mengenai ada guru dari Sabah dan Sarawak yang berpindah ke Semenanjung gagal menikmati pelbagai kemudahan elaun iaitu elaun gangguan, ITP, EPW dan COLA selepas lebih setahun bertukar.
Elaun Gangguan sepatutnya dinikmati pada tempoh tiga bulan selepas berpindah, namun belum dinikmati pada tempoh setahun enam bulan serta lebih malang mereka gagal menikmati kemudahan lain termasuk bonus tahunan.

Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana menjadi tanggungjawab pentadbir menguruskan segala urusan berkaitan elaun dengan kadar segera dengan mengetepikan sentimen kenegerian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bersama, Persatuan-Persatuan Guru Sabah dan Sarawak, William Gani Bina, berkata pihaknya mengharapkan sekolah mengambil perhatian serius termasuk memantau tugas kerani yang gagal menjalankan amanah ini.

Katanya, jika kerani gagal menunaikan amanah, Pengetua dan Guru Besar hendaklah bertindak membela guru terbabit dengan membawa masalah mereka kepada pengetahuan pihak PPD dengan segera.

Seorang guru mendakwa secara sinis seorang ketua kerani di sekolah tempatnya bertugas menyindir beberapa guru dari Sabah dan Sarawak dengan membangkitkan sentimen orang Borneo yang berkhidmat di Malaysia tidak seharusnya meminta yang bukan-bukan.

“Negara kita sudah 55 tahun merdeka tahun ini, ibarat seorang penjawat awam yang berada di ambang persaraan, namun masih ada rakyat negara ini yang kolot dan bersikap kenegerian,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Berita Gembira untuk semua penjawat awam. Sempena Hari Guru yang mulia ini, saya dengan bangganya memaklumkan bahawa semakan kenaikan pangkat boleh disemak di sini http://www.moe.gov.my/naikpangkat/  Semakan boleh dibuat mulai hari ini. Semua jenis kenaikan pangkat seperti gred DG 29 ke DG 32. DG41 ke DG44 dan semua jenis kenikan yang berkaitan Kementrian Pelajarang Malaysia.
Maklumat ini diperolehi daripada laman sesawang Kementrian Pelajaran Malaysia


 PERHATIAN:
1.Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2.Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3.Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada KPM di Alamat:

  
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA .
Tel: 03-88847963/7863/7816 
Email: cnp@moe.gov.my

PENGUMUMAN TAMBAHAN:

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing atau Urus Setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk tujuan semakan status.

 Look for Appz in Parent Directory

intext:”parent directory” intext:”[EXE]“

intext:”parent directory” index of:”[EXE]“

intext:”parent directory” index of:”[RAR]“


Note: This will look for any exe or optionaly for zip, rar, ace, iso, bin and etc.


Look for Moviez in Parent Directory

intext:”parent directory” intext:”[VID]“

intext:”parent directory” index of:”[VID]“


Note: This will look for any video filetype in parent directory. You can optionaly add index:”xvid” or intext:”divx” for specific codec movie.


Look for Music in Parent Directory

intext:”parent directory” intext:”[MP3]“

intext:”parent directory” index of:”[MP3]“

Note: This will look for any music files.


Look for Gamez in Parent Directory

intext:”parent directory” index of:”[Gamez]“

Anda mempunyai Blog yang baru? dan Ingin membuat kelainan? tukarkan domain yourdomain.blogspot.com kepada yourdomain.co.cc. Untuk melakukannya amat mudah, anda hanya perlu membuat beberapa tetapan (setting) pada lembaran pemuka Co.CC. Walau bagaimanapun, perlu tahu bahawa WhoLike mencadangkan agar anda mengubah blogspot anda yang baru sahaja kepada Co.CC. Blog blogspot anda yang baru sahaja. Jangan lakukannnya untuk blog lama anda. mengapa begitu? Kerana jika anda melakukan perubahan untuk blogspot lama anda, sama ada dengan domain Co.CC, .Com, .net atau lain-lain domain lagi, blog anda akan dianggap sebagai blog baru.

Maksudnya, apa yang anda telah bina  dalam blog lama anda akan menjadi sia-sia dan tidak berguna lagi, misalnya, backlink, pendaftaran anda kepada beberapa laman web untuk penambahbaikan blog anda, dan banyak lagi. Maka, anda perlu memulakan semula dari awal atau melakukan semula perubahan kepada semua tetapan pendaftaran anda itu. Oleh itu, Wholike mencadangkan anda untuk menukar domain blogspot hanya untuk blog baru anda sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda tidak kisah dan berfikir anda perlu berbuat demikian kerana apa-apa sebab dan pertimbangan, teruskan saja.

Baik, mari kita teruskan, di bawah adalah cara bagaimana untuk membina atau menukar domain blogspot dengan Co.CC:

Klik di sini jika anda masih belum mempunyai domain Co.CC anda. Sila mendaftar terlebih dahulu jika anda tidak mempunyai akaun anda sendiri.

Selepas anda mempunyai akaun anda, sila daftar masuk ke www.co.cc dengan akaun anda.
Pada bahagian Get a New Domain, Taip nama domain yang anda mahu, klik Check availability untuk memeriksa status nama domain anda, ulangi Sekiranya nama yang anda pilih itu telah dimiliki orang lain.
setelah itu, lakukan seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah:

Step 1 

Step 2

Step 3

Step 4

Step 5

Step 5 & 7

Step 8

Step 9 & 10

Step 11 & 12


selesai.. taip alamat blog anda yang baru pada ruangan Address Bar dan lihat hasilnya.