Semenjak pengumuman KPM berkaitan keanikan pangkat sebilangan gerd DG dan DGA untuk diserap ke dalam DG42, banyak persoalan dan isu yang timbul. Ini ditambah pula dengan spekulasi yang disebar individu tidak bertanggungjawab, menyebabkan ramai penjawat awam bertambah bingung lantas menuduh KPM dengan pelbagai tuduhan.

Berikut merupakan Penjelasan lanjut berkenaan isu DG42. Diharap maklumat ini akan dapat merungkai segala kemuskilan.

1. Bermula 1 Januari 2014, semua perlantikan ke PPPS utk guru2 gred DG29/32/34/38 akan diambil alih oleh BPSM. Tiada lagi lantikan oleh SPP. (Sekolah Rendah & Menengah)

2. Lantikan gred DG42 adalah hanya utk guru (DG29/32/34/38) yang telah selesai mengambil degree tetapi masih belum memohon ke DG41.

2. Guru yang telah ditemuduga atau telah dilantik ke DG41 tidak akan dilayan atau diproses permohonan ke DG42.

3. Untuk pegawai PKG gred DG29/32/34 yg telah habis belajar wajib mohon ke DG42 jika masih belum mohon ke DG41 dan akan dilantik sebagai 'kenaikkan pangkat'serta akan ditempatkan pada tempat kerja semasa sebagai DG42(

4. Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 - Penggabungan Skim Perkhidmatan PPPS dan PPLD.

Semoga info ini dpt menangani isu DG42. Makluman dlm surat pekeliling dan surat siaran tiada makluman diberikan seperti diatas.

0 comments