MENGENALI BLOG

Ditulis oleh Timothy | 1:11 PM | | 0 comments »

Blog adalah kependekan dari weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Disember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah weblog untuk menyebut kelompok website pribadi yang sentiasa dikemaskini. Blog yang dihasilkan pada masa itu dimuatkan dengan link-link ke website lain yang mereka anggap menarik. Selain itu bolog juga turut dimuatkan dengan dengan komentar-komentar mereka sendiri. (dipetik dan diedit daripada http://enda.goblogmedia.com)

Blog merupakan singkatan dari "web log" atau "web jurnal" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan atau artikel-artikel (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Web log ini juga boleh dimuatkan dengan gambar, dan videoclip bertujuan menarik perhatian pembaca, menjelaskan penerangan dan mencantikkan ilustrasi atau latar belakang web log seseorang.
Penulisan blog pada dasarnya adalah merupakan satu bentuk diari berkonsepkan online kerana kebiasaannya para penulis blog (blogger) ini lebih gemar menceritakan pengalaman yang telah mereka lalui dalam kehidupan seharian untuk dikongsikan bersama dengan pembaca. Namun pada masa kini ini definasi blog telah banyak berubah. Ia bukan sekadar penulisan diari online sahaja sebaliknya penggunaan blog telah diperkembangkan secara meluas kepada topik-topik lain.

Posting-posting tersebut biasanya seringkali dimuatkan dalam urutan secara terbalik. Isi atau posting terbaru dipaparkan dahulu kemudian disusuli pula oleh posting-posting terdahulu (posting lama). Status web semacam itu biasanya dapat diakses oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.”


Blogger adalah orang-orang yang menulis blog atau dengan perkataan lain pemilik sesebuah web log. Blogger biasanya terdiri daripada pengguna komputer dan internet yang mahir. kebanyakan tulisan dalam blog lebih menjurus kepada minat seseorang blogger. Terdapat juga blogger yang menjadikan web blog ini sebagai diari untuk mencatat segala pengalaman hidup dan seterusnya mengongsikannya kepada orang ramai secara online. Namun pada masa kini, blog tidak hanya skop atau tertumpu kepada sesuatu topik sahaja sebaliknya para penulis blog kini lebih gemar meluaskan pelbagai informasi di dalam blog mereka khususnya untuk menarik minat para pembaca blog mereka. Disebabkan itu jugalah, kini telah wujud pelbagai pecahan-pecahan blog iaitu seperti blog foto (photoblog), blog video (vlog) dan blog muzik (mp3blog).



Goblog adalah orang yang tidak tahu apa-apa tentang blog. Biasanya seseorang akan menempuhi beberapa peringkat sebelum mahir menulis blog. Individu yang ingin menulis blog tetapi tidak tahu bagaimana cara menghasilkan blog tapi berkeinginan menulis blog akan mencari informasi-informasi terlebih dahulu. Membaca pelbagai media. seterusnya mempraktikkan ilmu yang diperoplehi. Sejurus ia menghasilkan blog, dan mahir menulis maka dia akan menjadi seorang blogger.


0 comments