Mengubah Templates

Ditulis oleh Timothy | 9:40 PM | | 1 comments »

Bosan dengan Templates yang anda sedang gunakan. Anda telah cuba mengubah layout templates blog anda berulang kali dengan templates yang disediakan oleh www.blogger.com.

Terdapat beberapa cara anda boleh mengubah templates anda.
Cara Petama: Tukar dengan memilih templates yang sedia ada disediakan oleh www.blogger.com


Cara Kedua: Edit HTML
cara ini adalah cara untuk mengubah templates anda dengan mengubahsuai ataupun menambah kod-kod HTML seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah.

Namun cara ini memerlukan ketekunan dan masa yang lama untuk menghasilkan satu templates yang sesuai dengan citarasa anda.

Cara Ketiga: Download Templates
Cara ini biasa digunakan oleh blogger yang kurang mahir dalam mengEdit HTML.Dibawah ini merupakan URL kumpulan Free Blogger template dan Layout Blogger yang boleh dilawati untuk mengganti template standard anda.
Alamat yang boleh kamu kunjungi:

http://www.magznetwork.com/

http://charmskins.com/blogger-themes/

http://www.finalsense.com/services/blog_templates/

http://freeskins.blogspot.com/

http://www.finalsense.com/

http://free-blogger-templates.zeventina.com/

http://www.blogskins.com/

http://www.jackbook.com/

http://www.pyzam.com/bloggertemplates

http://www.geckoandfly.com/blogspot-templates/

selain laman web ini, banyak lagi laman web lain yng menyediakan templates untuk blogger secara percuma. Banyak pilihan templates yang ditawarkan kepada anda. Pilih satu yang menjadi idaman anda. Download templates tersebut. Biasanya kod-kod HTML templates itu disediakan dalam format *.txt.

Sekiranya anda mahir dengan bahasa pengaturcaraan, edit kod-kod HTMl sehingga mencapai citarasa anda. tapi sekiranya anda download templates dari mana-mana web pge, anda perlu:
1. Simpan tempelates asal anda untuk tujuan backup.
2. Kenal pasti lokasi templates yang anda telah download kemudian upload
3. pastikan anda sentiasa preview sebelum save. ini untuk mengenalpasti sebarang "error" atau kesulitan.
4. Save template, sekiranya anda telah berpuas hati.

selamat berjaya.

Contoh template yang telah ditukar.
Sebelum ditukar:

Selepas ditukar:

Cara Upload Gambar

Ditulis oleh Timothy | 9:42 PM | | 0 comments »

Bagaimana Mengupload gambar ke dalam Profile anda?

Senang saja caranya, cuma perlu update profile anda. Bagaimana?
Pertama, login ke blog anda. Paparan berikut akan muncul
Klik pada klik pada pilihan menu "Edit Profil" kemudian anda akan dibawa ke paparan baru.

Atau sekiranya anda berada dalam mood seperti yang ditunjukkan di bawah, anda hanya perlu klik menu link "VIEW MY COMPLETE PROFILE." Pada paparan profile, pilih butang menu "EDIT YOUR PROFILE"



Paparan berikutnya akan muncul


Blik Browse. Papran berikut akan muncul

Carilah lokasi gambar anda, yang anda ingin masukkan. Klik "open"
Gambar anda akan berjaya di "upload" dalam beberapa saat (bergantung kepada kelajuan internet anda) dan akan terpapar dalam profile anda.

Setelah gambar telah selesai di "upload", save (simpan perubahan) profile anda. Klik pada butang "Save Profile" yang terdapat pada bahagian paling bawah. Sekiranya anda tidak berpuas hati atau ingin menukar kepada gambar baru klik "Remove image" dan ulangi langkah di atas.setelah itu anda boleh meneruskan kerja-kerja menulis komentar pada blog anda dengan paparan yang baru. Contoh paparan seperti ditunjukkan di bawah,


Tampal Gambar dalam post
Dalam setiap penulisan anda, tentunya anda ingin saja memaparkan gambar untuk menunjukkan sesuatu cerita, perasaan dan bukti terhdap sesuatu kejadian atau peristiwa. Malahan dapam subjek apa pun, misalnya dalam bidang pengajaran. Sebagai anda mengajar Geografi, anda ingin menunjukkan gambar gambar hakisan.

Langkah 1: pilih menu "Add image"
Langkah 2: Cari dan pilih gambar yang anda ingin upload. kemudian pilih kedudukan gambar yang anda kehendki. Klik butang "UPLOAD IMAGE"


Langkah 3: Tunggu sehingga gambar siap di upload. paparan seperti di bawah. Klik butang "DONE"


Langkah 4: Teruskan membuat kerja taip menip atau sekiranya sudah siap. Klik butang "PUBLISH POST" dan lihat hasilnya

Contoh post yang telah siap dipost dan sedia dikongsi kepada pengguna internet yang lain



Panduan Membuat Blog

Ditulis oleh Timothy | 8:13 AM | | 2 comments »

Untuk membuat atau mendapatkan satu account blog di blogger, pertama sekali kita mesti ada satu e-mail. Jika anda belum ada email, perlulah anda membuat satu e-mail. Sekiranya sudah ada e-mail, buka web browser anda (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera, dsb) dan buka laman http://www.blogger.com. anda akan menemui paparan seperti seperti gambar dibawah ini.

Paparan dari alamat
http://www.blogger.com/start

Sekiranya anda tidak memahami bahasa yang sedang di paparkan, anda boleh menukar keseluruhan bahasanya. Menu untuk menukar bahasa kepada bahasa pilihan anda terletak di sudut kanan paling atas.

Langkah pertama: Mendaftar Blog
Untuk mendaftarkan account di blogger, anda klik tanda panah yang bertuliskan "CREAT YOUR BLOG NOW" dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya.

Halaman pengisian data email, password dan sebagainya

Di halaman ini anda akan diminta untuk mengisi satu borang :

Email address : Isi dengan lengkap alamat email anda (email akan
digunakan untuk login)
Retype Email Address : Tulis semula alamat email anda
Enter a Password : Isi dengan password /a kata laluan yang anda kehendaki
(minima lapan karakter, gabungan antara angka dan huruf)
Retype Password : Tulis semula password / kata laluan yang anda.
Display Name : Tulis nama yang anda kehendaki
(akan dipaparkan dibawah postingan anda).
Word Verification : Tulis huruf yang tampil pada gambar di dalam kotak yang
disediakan.
Acceptance of Term : Check list kotak kecil menunjukkan anda bersetuju dengan
syarat dan terma penggunaan blog dari blogger.

Setelah anda selesai mengisi semua yang dikehendaki di atas, seterusnya klik gambar anak panay yang melanjutkan pendaftaran ke langkah selanjutnya dengan mengklik gambar panah yang bertulisan “CONTINUE”.


Langkah Kedua: Menamakan Blog
Anda akan dibawa ke paparan seperti yang dipaparkan di bawah.


Pada halaman ini anda diminta untuk menamakan blog anda:

Blog tittle : Isi dengan nama yang dikehendaki
(akan dipaparkan pada header halaman blog anda)
Blog address URL : Isi dengan nama yang anda kehendaki, pilih nama yang pendek dan senang diingat agar mudah disebarkan dan dibuka oleh pengunjung halaman anda. Untuk memastikan alamat blog anda belum digunakan oleh blogger lain, klik link check availability. Jika alamat tersebut telah dipakai oleh blogger lain, maka akan muncul petunjuk merah "this blog address is not available" dan jika alamat blog tersebut belum dimiliki blogger lain petunjuk berwarna hijau akan dipaparkan "This blog address is available." Anda dapat meeneruskan proses pendaftaran ke langkah selanjut dengan mengklik tanda panah bertuliskan "CONTINUE"


Langkah Ketiga: Pilih
Template (tampilan)
Pada langkah ini anda akan diminta untuk memilih template yang tersedia terlebih dahulu. Anda boleh menukar template bila-bila masa dengan memilih template yang tersedia atau anda boleh megubahsuai template anda sesuai dengan selera anda.

Pilih salah satu dan click tanda panah yang bertuliskan "CONTINUE".


Tahniah! Blog pertama milik anda sudah berjaya dibuat. Gambar dibawah merupakan langkah terakhir yang akan membuat blog anda benar benar menjadi blog. Klik tanda panah bertuliskan "START POSTING" untuk terakhir kalinya.
Anda boleh mula menulis blog anda untuk dikongsikan dengan pembaca seluruh dunia.


anda akan dibawa ke paparan seperti yang ditunjukkan di bawah.
Anda boleh mula menulis bolg anda. Sebagai percubaan tulislah apa-apa sahaja seperti "Ini tulisan pertama saya." untuk memudahkan pengunjung menjumpai blog anda, sentiasalah membuat lebel kepd setiap komentar yang anda buat. Setelah anda selesai menulis, tekan butang yang tertulis "PUBLISH POST". Sekiranya anda bercadang untuk menerbitkannya pada kemudian hari (mungkin kerana ia belum siap atau perlu diperbaiki) pilih tekan butang yang tertulis "SAVE NOW"

Setalah selesai semuanya dan anda telah klik butang "PUBLISH POST", anda akan dipaparkan dengan paparan seperti di atas. Pilih "View Blog" untuk lihat blog. Pilih "in new window" untuk memaparkan blog anda pada window baru. Jika anda ingin mengubah komentar yang baru diposkan pilih "Edit post". Pilih "Create a new post" jika anda ingin menulis komentar baru.

MENGENALI BLOG

Ditulis oleh Timothy | 1:11 PM | | 0 comments »

Blog adalah kependekan dari weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Disember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah weblog untuk menyebut kelompok website pribadi yang sentiasa dikemaskini. Blog yang dihasilkan pada masa itu dimuatkan dengan link-link ke website lain yang mereka anggap menarik. Selain itu bolog juga turut dimuatkan dengan dengan komentar-komentar mereka sendiri. (dipetik dan diedit daripada http://enda.goblogmedia.com)

Blog merupakan singkatan dari "web log" atau "web jurnal" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan atau artikel-artikel (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Web log ini juga boleh dimuatkan dengan gambar, dan videoclip bertujuan menarik perhatian pembaca, menjelaskan penerangan dan mencantikkan ilustrasi atau latar belakang web log seseorang.
Penulisan blog pada dasarnya adalah merupakan satu bentuk diari berkonsepkan online kerana kebiasaannya para penulis blog (blogger) ini lebih gemar menceritakan pengalaman yang telah mereka lalui dalam kehidupan seharian untuk dikongsikan bersama dengan pembaca. Namun pada masa kini ini definasi blog telah banyak berubah. Ia bukan sekadar penulisan diari online sahaja sebaliknya penggunaan blog telah diperkembangkan secara meluas kepada topik-topik lain.

Posting-posting tersebut biasanya seringkali dimuatkan dalam urutan secara terbalik. Isi atau posting terbaru dipaparkan dahulu kemudian disusuli pula oleh posting-posting terdahulu (posting lama). Status web semacam itu biasanya dapat diakses oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.”


Blogger adalah orang-orang yang menulis blog atau dengan perkataan lain pemilik sesebuah web log. Blogger biasanya terdiri daripada pengguna komputer dan internet yang mahir. kebanyakan tulisan dalam blog lebih menjurus kepada minat seseorang blogger. Terdapat juga blogger yang menjadikan web blog ini sebagai diari untuk mencatat segala pengalaman hidup dan seterusnya mengongsikannya kepada orang ramai secara online. Namun pada masa kini, blog tidak hanya skop atau tertumpu kepada sesuatu topik sahaja sebaliknya para penulis blog kini lebih gemar meluaskan pelbagai informasi di dalam blog mereka khususnya untuk menarik minat para pembaca blog mereka. Disebabkan itu jugalah, kini telah wujud pelbagai pecahan-pecahan blog iaitu seperti blog foto (photoblog), blog video (vlog) dan blog muzik (mp3blog).



Goblog adalah orang yang tidak tahu apa-apa tentang blog. Biasanya seseorang akan menempuhi beberapa peringkat sebelum mahir menulis blog. Individu yang ingin menulis blog tetapi tidak tahu bagaimana cara menghasilkan blog tapi berkeinginan menulis blog akan mencari informasi-informasi terlebih dahulu. Membaca pelbagai media. seterusnya mempraktikkan ilmu yang diperoplehi. Sejurus ia menghasilkan blog, dan mahir menulis maka dia akan menjadi seorang blogger.


Hello Dunia

Ditulis oleh Timothy | 2:33 PM | | 0 comments »

Ini adalah hasil penulisan saya yang pertama dalam blog ini.

Mari Belajar Membuat Blog

Panduan Mendaftar blog di www.blogger.com. Panduan meng 'upload' gambar dalam blog. Panduan mengubah Templates, download templates dan templates percuma, dengan panduan untuk copy dan paste ke HTML editor.

Sebagaimana namanya, web blog ini akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan kepada anda bagaimana caranya menghasilkan sebuah blog. Ikuti langkah-langkahnya satu persatu. Anda pasti dapat melakukannya. Web blog ini akan menunjukkan kepada anda secara asas dan mudah bagaimana mengelolah blog anda sendiri.

Semoga semua pembaca mendapat ilmu sehingga dapat memahirkan diri dalam penulisan blog. Segala kekurangan dan kelemahan akan cuba diperbaiki dari semasa ke semasa.